Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

 

 

(UNTUK PAPARAN TERBAIK SILA GUNAKAN PELAYAR WEB MOZILLA FIREFOX)

Selamat Datang ke Pejabat Tanah & Galian Melaka Online

Muat Turun Manual Pengguna ( Manual )

Sila Login untuk proses selanjutnya.

Sila Daftar jika anda belum mendaftar dengan PTG Melaka online.

Mulai April 2008, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah menyediakan kemudahan pembayaran Cukai Tanah secara online melalui perkhidmatan Perbankan Internet (Internet Banking) atau FPX.

Bagi pembayaran melalui perkhidmatan Perbankan Internet (Internet Banking), pengguna yang mempunyai kemudahan Perbankan Internet daripada bank-bank berikut sahaja yang dapat menggunakan kemudahan pembayaran secara FPX.

 1. Bank Islam Malaysia Berhad
 2. RHB Bank
 3. CIMB Bank
 4. Maybank2U
 5. Public Bank Berhad
 6. Hong Leong Bank Berhad

Pemberitahuan Penting

› Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan.
› Pembayar harus mempunyai keperluan seperti berikut :
  – Akaun simpanan atau semasa dari mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan FPX
  – Mendaftar untuk perkhidmatan perbankan internet dari mana-mana bank yang menyertai FPX
› Waktu operasi perkhidmatan pembayaran melalui FPX adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari
   termasuk hari cuti dan kelepasan am.
› Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.
› Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Unit Hasil, Pejabat Tanah dan Daerah
   5 hari selepas pembayaran dibuat.
› Terimaan bayaran di dalam jumlah penuh sahaja dan sebarang ansuran tidak dibenarkan. Jika pembayar hendak
   membuat bayaran ansuran sila rujuk ke Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.
› Semua transaksi pembayaran cukai tanah negeri Melaka melauli FPX akan dikenakan caj RM 0.50 kepada akaun pembayar.

Faedah

Berikut adalah beberapa faedah yang akan diperolehi pelanggan dan pembayar cukai.

› Mendaftar lebih dari satu akaun cukai
› Menyemak cukai semasa dan tunggakan cukai
› Membuat pembayaran cukai secara online
› Kemudahan maklumat di mana-mana anda berada
FPX


Senarai Akaun - Contoh

No.Akaun Nama Hakmilik Harta Cukai Tahunan Status Akaun Edit
10001234567 ZULKIFLEE BIN ABU BAKAR RM 1,028.00 SAH Hapus
10002345678 ZULKIFLEE BIN ABU BAKAR RM 1,250.00 SAH Hapus

Sekiranya Terdapat Sebarang Masalah/Pertanyaan, Sila hubungi atau emailkan kepada:

Hubungi 06-333 3333 untuk sambungan ke 5041 (Unit Hasil PTG) atau 5052 (Unit Teknologi Maklumat PTG)

Email : ptg@melaka.gov.my